Saturday, October 29, 2011

preparation for my buahati :)

alhamdulillah sudah bjaya mnyediakan sdikit sbyk brg2 utk baby..wlu masih ada yg x dbereskan hati sdikit lega sbb brg2 utk smbut dia keluar dh sedia cuma nk add on utk kselesaan n ksempurnaan shj..boleh???mknanya brg sunat la bkn wajib,contohnya stroller,n kelengkapan utk penyediaan & pnyimpanan breastmilk..hehe..


 
philips avent manual breast pump


 
avent bottles


tommee tippee bottles


all in one(hehehe)
 

rompers yg sgt cute utk ank dara(wlu lom psti dara or teruna,hehe)..klu kuarnya hero,simpan or bg org jela kan,sbb sgt cute 2 yg beli ;p

actually byk lg yg lom beli,so insyaAllah akan disetlekan b4 balik raya haji cz start raya haji sya dh start maternity leave dgn jayanya..hehe..


mum to be

alhamdulillah,akhirnya usia kandungan sya dh nk msuk 36wks..syukur sgt padaNya sbb beri peluang yg bgini indah dlm hidup..hrp sume proses bjalan lancar smpai,bdebar dh ni nk tggu proses kelahiran,xsbr nk tgk n cium bdk kcik kt dlm ni..hehe...


 27 weeks
.
.
..
...
....
|
34 weeks - otw nk attend course,hehe..
sgt kembang sudah :))

pic paling latest yillek,sbb malu dh nk bgambo ngn kkembangan yg ada..haha..tp alhamdulillah msih sht n mampu lakukan keje mcm biasa..papepon harapkan yg terbaik utk kami b2,opsss b3 la(nt kcik ati suami terchenta,hahaha)..

Tuesday, August 2, 2011

zakat

sudahkah anda berzakat???sekadar mengingatkan kita sesama islam :),teringat pun sebab semalam hubby balik bawak balik resit bayar zakat..tu yang teringat tu,memang awal tapi bagus jugak takut nt terlupa..hehe..tapi i rasa dia excited sebab 1st time bayar zakat untuk bini dia,hahaha..ni ada sedikit info pasal zakat..moga berguna untuk anda semua :)

 

Firman Allah s.w.t.




Zakat adalah salah satu daripada rukun Islam yang lima. Ianya diwajibkan ke atas tiap-tiap orang Islam yang cukup syarat-syaratnya. Rukun yang lain ialah Syahadah, Sembahyang, Puasa dan Haji ke Mekah. Zakat adalah diwajibkan ke atas Muslim yang layak untuk membantu golongan-golongan yang memerlukan bantuan. Zakat mula diwajibkan pada tahun kedua Hijrah.




http://www.zakat.com.my/ - untuk lebih info sila-sila ke website PPZ :) 




















































Saturday, July 30, 2011

Ramadhan Bulan Indah



Alhamdulillah,akhirnya kita bakal bertemu Ramadhan lagi 2 hari..So tggu apa lg,jom kita rebut segala nikmat yang dijanjikan oleh Allah swt..moga kali ini kita semua akan mendapat lebih keberkatan berbanding tahun-tahun lepas,dan semoga ia bakal membahagiakan kita semua..amin

Friday, July 29, 2011

Saya Anak Malaysia



Saya anak malaysia :),wah tbe pg2 dh bsemangat PATRIOTIK kan???sbnrnya mood msih xstabil psl bola mlm td, HARIMAU vs SINGA..frust sbb xdpt mlayakan dri :(,tp apapon saya sgt bpuashati dgn wira-wira negara kita terutama Khairul Fahmi Che Mat & Safee Sali..kamulah wira kami malam td,mgkin rzki bkn milik Harimau Malaya:(..sedikit terkilan dgn game d Singapore aritu,huhu..
untuk kamu wahai wira-wiraKu :)

Bukak je paper arini sume psl bola mlm td,sdih bila tgk muka kecewa semua pihak..sembang pg pon tajuk yg sma,uwaaaaaa...stress sya bile pk psl bola,tp harap team Harimau Malaya xputus asa..insyaAllah sya akn trus support kalian..amin...

Saturday, July 23, 2011

رمضان - RAMADHAN

Ahlan ya Ramadhan :)

Pejam celik pejam celik,hnya tinggal 8 hari saja lg umat islam akan menyambut Ramadha..Ya Allah,moga Ramadhan kali ini lebih bmakna utkKu,suami n bby yg bakal lahir ni:p..xsabar rsanya nk melalui 1 pengalaman bru which is berpuasa dgn suamiKu syg:)..

Ramadhan kali ni aku dh jdik isteri yg punya azam n niat nk jdik yg terbaik buat suami,mudah-mudahan dimakbulkan Allah swt..hehe..wlu agak poyo,tp tu yg ada dlm dri ni :p..blom msuk Ramadhan tp dh pk apa nk msk tym bukak n sahur,hehe...??????apa menu best ek?ada ideal x??alangkah bestnya kalo dok kg,blh mkn mcm2 mknan peberetku..org tym puasa kurus,aku lak maintain o makin naik :p..tp xp la,kan sya b2 :)

bkn mkn je sya igt tau,tp yg paling best niat nk tunaikan solat terawih..hope larat n bkemampuan melakukan ibadat itu..skng ni mcm ssh sket nk lasak2,sangkut kt perot..ekekeke..tp insyaallah akn diusahakan,org lain boleh xkn sya xboleh kan???klu nk boleh aje kn?? :)



Esok adalah harapan sekarang adalah pengalaman kemarin adalah kenangan…yang tak luput dari ke khilafan mohon maaf lahir dan Batin..Semoga RAMADHAN kali ini lebih baik dari RAMADHAN tahun lalu..amin….



Tuesday, June 28, 2011

::israk & mikraj::

Sebelum Israk dan Mikraj

Rasulullah S.A.W. mengalami pembedahan dada / perut, dilakukan oleh malaikat Jibrail dan Mika'il. Hati Baginda S.A.W.. dicuci dengan air zamzam, dibuang ketul hitam ('alaqah) iaitu tempat syaitan membisikkan waswasnya. Kemudian dituangkan hikmat, ilmu, dan iman.ke dalam dada Rasulullah S.A.W. Setelah itu, dadanya dijahit dan dimeterikan dengan "khatimin nubuwwah". Selesai pembedahan, didatangkan binatang bernama Buraq untuk ditunggangi oleh Rasulullah dalam perjalanan luar biasa yang dinamakan "Israk" itu.


Semasa Israk ( Perjalanan dari Masjidil-Haram ke Masjidil-Aqsa ):

Sepanjang perjalanan (israk) itu Rasulullah S.A.W. diiringi (ditemani) oleh malaikat Jibrail dan Israfil. Tiba di tempat-tempat tertentu (tempat-tempat yang mulia dan bersejarah), Rasulullah telah diarah oleh Jibrail supaya berhenti dan bersembahyang sebanyak dua rakaat. 


Semasa Mikraj ( Naik ke Hadhratul-Qudus Menemui Allah ):

Didatangkan Mikraj (tangga) yang indah dari syurga. Rasulullah S.A.W. dan Jibrail naik ke atas tangga pertama lalu terangkat ke pintu langit dunia (pintu Hafzhah).
i.    Langit Pertama: Rasulullah S.A.W. dan Jibrail masuk ke langit pertama, lalu berjumpa dengan Nabi Adam A.S. Kemudian dapat melihat orang-orang yang makan riba` dan harta anak yatim dan melihat orang berzina yang rupa dan kelakuan mereka sangat huduh dan buruk. Penzina lelaki bergantung pada susu penzina perempuan.
ii.    Langit Kedua: Nabi S.A.W. dan Jibrail naik tangga langit yang kedua, lalu masuk dan bertemu dengan Nabi 'Isa A.S. dan Nabi Yahya A.S.
iii.   Langit Ketiga: Naik langit ketiga. Bertemu dengan Nabi Yusuf A.S.
iv.   Langit Keempat: Naik tangga langit keempat. Bertemu dengan Nabi Idris A.S.
 v.   Langit Kelima: Naik tangga langit kelima. Bertemu dengan Nabi Harun A.S. yang dikelilingi oleh kaumnya Bani Israil.
vi.   Langit Keenam: Naik tangga langit keenam. Bertemu dengan Nabi-Nabi. Seterusnya dengan Nabi Musa A.S. Rasulullah mengangkat kepala (disuruh oleh Jibrail) lalu dapat melihat umat baginda sendiri yang ramai, termasuk 70,000 orang yang masuk syurga tanpa hisab.
vii.    Langit Ketujuh: Naik tangga langit ketujuh dan masuk langit ketujuh lalu bertemu dengan Nabi Ibrahim Khalilullah yang sedang bersandar di Baitul-Ma'mur dihadapi oleh beberapa kaumnya. Kepada Rasulullah S.A.W., Nabi Ibrahim A.S. bersabda, "Engkau akan berjumapa dengan Allah pada malam ini. Umatmu adalah akhir umat dan terlalu dha'if, maka berdoalah untuk umatmu. Suruhlah umatmu menanam tanaman syurga iaitu LA HAULA WALA QUWWATA ILLA BILLAHMengikut riwayat lain, Nabi Ibahim A.S. bersabda, "Sampaikan salamku kepada umatmu dan beritahu mereka, syurga itu baik tanahnya, tawar airnya dan tanamannya ialah lima kalimah, iaitu: SUBHANALLAH, WAL-HAMDULILLAH, WA LA ILAHA ILLALLAH ALLAHU AKBAR dan WA LA HAULA WA LA QUWWATA ILLA BILLAHIL- 'ALIYYIL-'AZHIM. Bagi orang yang membaca setiap kalimah ini akan ditanamkan sepohon pokok dalam syurga". Setelah melihat beberpa peristiwa lain yang ajaib. Rasulullah dan Jibrail masuk ke dalam Baitul-Makmur dan bersembahyang (Baitul-Makmur ini betul-betul di atas Baitullah di Mekah).
viii.   Tangga Kelapan: Di sinilah disebut "al-Kursi" yang berbetulan dengan dahan pokok Sidratul-Muntaha. Rasulullah S.A.W. menyaksikan pelbagai keajaiban pada pokok itu: Sungai air yang tak berubah, sungai susu, sungai arak dan sungai madu lebah. Buah, daun-daun, batang dan dahannya berubah-ubah warna dan bertukar menjadi permata-permata yang indah. Unggas-unggas emas berterbangan. Semua keindahan itu tak terperi oleh manusia. Baginda Rasulullah S.A.W. dapat menyaksikan pula sungai Al-Kautsar yang terus masuk ke syurga. Seterusnya baginda masuk ke syurga dan melihat neraka berserta dengan Malik penunggunya.
ix.   Tangga Kesembilan: Di sini berbetulan dengan pucuk pokok Sidratul-Muntaha. Rasulullah S.A.W. masuk di dalam nur dan naik ke Mustawa dan Sharirul-Aqlam. Lalu dapat melihat seorang lelaki yang ghaib di dalam nur 'Arasy, iaitu lelaki di dunia yang lidahnya sering basah berzikir, hatinya tertumpu penuh kepada masjid dan tidak memaki ibu bapanya.
 x.     Tangga Kesepuluh: Baginda Rasulullah sampai di Hadhratul-Qudus dan Hadhrat Rabbul-Arbab lalu dapat menyaksikan Allah S.W.T. dengan mata kepalanya, lantas sujud. Kemudian berlakulah dialog antara Allah dan Muhammad, Rasul-Nya:
Allah S.W.T     :Ya Muhammad.  
Rasulullah     : Labbaika.  
Allah S.W.T  : Angkatlah kepalamu dan bermohonlah, Kami perkenankan. 
Rasulullah     : Ya, Rabb. Engkau telah ambil Ibrahim sebagai Khalil dan Engkau berikan dia kerajaan yang besar. Engkau berkata-kata dengan Musa. Engkau berikan Dawud kerajaan yang besar dan dapat melembutkan besi. Engkau kurniakan kerajaan kepada Sulaiman yang tidak Engkau kurniakan kepada sesiapa pun dan memudahkan Sulaiman menguasai jin, manusia, syaitan dan angin. Engkau ajarkan 'Isa Taurat dan Injil. Dengan izin-Mu, dia dapat menyembuhkan orang buta, orang sufaq dan menghidupkan orang mati. Engkau lindungi dia dan ibunya daripada syaitan. 
Allah S.W.T  : Aku ambilmu sebagai kekasih. Aku perkenankanmu sebagai penyampai berita gembira dan amaran kepada umatmu. Aku buka dadamu dan buangkan dosamu. Aku jadikan umatmu sebaik-baik umat. Aku beri keutamaan dan keistimewaan kepadamu pada hari qiamat. Aku kurniakan tujuh ayat (surah Al-Fatihah) yang tidak aku kurniakan kepada sesiapa sebelummu. Aku berikanmu ayat-ayat di akhir surah al-Baqarah sebagai suatu perbendaharaan di bawah 'Arasy. Aku berikan habuan daripada kelebihan Islam, hijrah, sedekah dan amar makruf dan nahi munkar. Aku kurniakanmu panji-panji Liwa-ul-hamd, maka Adam dan semua yang lainnya di bawah panji-panjimu. Dan Aku fardhukan atasmu dan umatmu lima puluh (waktu) sembahyang. 
Selesai munajat, Rasulullah S.A.W. di bawa menemui Nabi Ibrahim A.S. kemudian Nabi Musa A.S. yang kemudiannya menyuruh Rasulullah S.A.W. merayu kepada Allah S.W.T agar diberi keringanan, mengurangkan jumlah waktu sembahyang itu. Selepas sembilan kali merayu, (setiap kali dikurangkan lima waktu), akhirnya Allah perkenan memfardhukan sembahyang lima waktu sehari semalam dengan mengekalkan nilainya sebanyak 50 waktu juga.

Selepas Mikraj

Rasulullah S.A.W. turun ke langit dunia semula. Seterusnya turun ke Baitul-Maqdis. Lalu menunggang Buraq perjalanan pulang ke Mekah pada malam yang sama. Dalam perjalanan ini baginda bertemu dengan beberapa peristiwa yang kemudiannya menjadi saksi (bukti) peristiwa Israk dan Mikraj yang amat ajaib itu (Daripada satu riwayat peristiwa itu berlaku pada malam Isnin, 27 Rejab, kira-kira 18 bulan sebelum hijrah). Wallahu'alam.

(Sumber : Kitab Jam'ul-Fawaa`id)

Kesimpulannya, 

Peristiwa Israk dan Mikraj bukan hanya sekadar sebuah kisah sejarah yang diceritakan kembali setiap kali 27 Rejab menjelang. Adalah lebih penting untuk kita menghayati pengajaran di sebalik peristiwa tersebut bagi meneladani perkara yang baik dan menjauhi perkara yang tidak baik. Peristiwa Israk dan Mikraj yang memperlihatkan pelbagai kejadian aneh yang penuh pengajaran seharusnya memberi keinsafan kepada kita agar sentiasa mengingati Allah dan takut kepada kekuasaan-Nya.

Seandainya peristiwa dalam Israk dan Mikraj ini dipelajari dan dihayati benar-benar kemungkinan manusia mampu mengelakkan dirinya daripada melakukan berbagai-bagai kejahatan. Kejadian Israk dan Mikraj juga adalah untuk menguji umat Islam (apakah percaya atau tidak dengan peristiwa tersebut). Orang-orang kafir di zaman Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam langsung tidak mempercayai, malahan memperolok-olokkan Nabi sebaik-baik Nabi bercerita kepada mereka.

Peristiwa Israk dan Mikraj itu merupakan ujian dan mukjizat yang membuktikan kudrat atau kekuasaan Allah Subhanahu Wataala. Allah Subhanahu Wataala telah menunjukkan bukti-bukti kekuasaan dan kebesaran-Nya kepada Baginda Sallallahu Alaihi Wasallam.


Mafhum Firman Allah S.W.T. : "Maha Suci Allah yang telah memperjalankan hamba-Nya pada suatu malam dari Al-Masjidil Haram ke Al-Masjidil Aqsa yang telah kami berkati sekelilingnya agar Kami perlihatkan kepadanya sebahagian dari tanda-tanda kebesaran Kami. Sesungguhnya Dia adalah Maha Mendengar lagi Maha Melihat."
(Surah Al-Israa': Ayat 1).

Monday, June 27, 2011

spaghetti express :p

gambar kurang menarik sbb pkai blackberry je :)



bahan:

  1. spaghetti
  2. sos spaghetti
  3. bawang bsar(dipotong dadu)
  4. tomato(dipotong dadu)
  5. daging hancur
  6. sedikit garam
  7. air
  8. minyak
cara-caranya:
  1. rebus spaghetti dalam air yg dcampur 1/2 sudu minyak n sedikit garam
  2. pnskan minyak,msukan bwg besar diikuti daging hancur..bila daging dh msk msukan sos spaghetti(sya gna jenama kimball+mushroom)..msukan potongan tomato n tggu hingga mendidih..
  3. siap utk dimakan...

Saturday, June 25, 2011

Nasik Ayam :)

salam...cm dh lama xupdate blog,hehe..sja nk share resipi i smlm,hehe..tbe nk blik opis tu rsa cm nk wat nsik ayam,apa lg otw blik 2 singgah tesco jap beli bahan tambahan..hehe..so kalo korng nk try nsik ayam blackpepper boleh la tgk2,ni resipi kami seFamily :)

ni kalo nk yg ayamnya digoreng la,yg kukus black pepper xde pic lak..sowieeee :D

bahan-bahan: 
  1. 3 pot beras
  2. 1/2 ekor ayam
  3. 7 ulas bawang merah
  4. 7 ulas bawang putih
  5. 2" halia-kalo boleh nk halia muda,lbih sdap
  6. sesudu lada hitam
  7. 3 btg serai
  8. 3-4 biji cili merah
  9. 3 biji tomato
  10. 1 batang timun
  11. daun salad-ikot kesesuaian
  12. garam n gula sckup rsa
  13. 1 helai daun pandan
  14. sup bunjut
  15. 1/2 sudu majerin   
  16. kicap
  17. 1 sudu sos tomato & sos cili  
cara-cara: 
  1. untuk ayam-bwg merah,5 ulas bwg putih,1 1/2" halia,serai + lada hitam dblender - perapkan bahan ini bsama ayam yg telah siap dbersihkan serta msukan garam sckup rsa.kukus bahan ayam tersebut..boleh dimakan begitu atau kalau mahu dgoreng,celupkan kicap yg telah dtambah sedikit kuah sup..
  2. untuk nasik-bsuh beras,msukan air yg digunakan utk mrebus ayam td(utk mdapatkan rsa ayam),marjerin,kayu mnis,bunga cengkih,dan daun pandan..kemudian msk nsik tersebut..
  3. untuk sup-tambahkan air kedalam bekas rebusan ayam yg airnya tlh diambil utk mmsak nsik td..kukus ayam hingga msk..kemudian msukan bwg bsr,halia yg telah dketuk,bwg bsr dan sup bunjut serta garam scukup rsa kedalam air rebusan utk hasilkan sup ayam..
  4. untuk sos-blender cili merah,tomato,1 ulas bwg putih,sedikit halia hingga lumat..tuangkan kedalam mangkuk,kemudian tambahkan sdikit sos tamato & sos cili serta garam & gula sckup rsa..
  5. untuk kicap-tumbuk cili api & 1 ulas bwg putih hingga lumat,msukan kedalam kicap n tambahkan garam sckup rsa..
    sudah siap sedia utk di ngap reramai :p

    SELAMAT MENCUBA

    Thursday, March 17, 2011

    Jangan Lupa Jadi Isteri Setelah Bergelar Ibu

    Menurut Dato’ Dr Hj Mohd Fadzilah Kamsah kebanyakkan lelaki yang berumahtangga mahukan seorang isteri. Suami tidak peduli samada isterinya melahirkan seorang anak atau 10 orang anak, yang penting baginya dia masih memerlukan isteri. Tetapi,sambungnya, ramai isteri selepas mempunyai tiga atau empat orang anak menjadi ibu dan kurang menjadi isteri.
    Peringkat awal mungkin suami boleh bertahan, menyenduk nasi sendiri,ambil nasi sendiri ambil air sendiri sebab isteri sibuk melayan anak-anak tetapi lama-kelamaan suami menjadi bosan. 

    Penat di pejabat dan di rumah pula tidak mendapat layanan isteri. Beliau menekankan, ramai suami tidak tahan apabila isterinya menjadi ibu sehingga suami merasa terpinggir. Di luar banyak terdapat gejala-gejala yang mengambil alih tugas isterinya di rumah untuk melayan makan-minumnya.
    Ada wanita lain dengan ramah akan bertanya, “Encik nak minum, saya siapkan kopi, encik nak makan nanti saya hidangkan nasi….”. Ini akan membuatkan suami merasa wanita itu melayannya dengan baik sedangkan di rumah dia hanya mendengar kata-kata, “You buat sendirilah, I sibuk nak layan budak-budak ni. I penatlah…”

    Tu baru bab lahiriah yang dipinta.. kalau alasan tu juga dibagi waktu berkehendakan hubungan badan.. hmmmm tak tau la cek nak kata.. takut nanti ada isteri2 yang makan hati akhirnyer bila suami menyatakan keinginan utk beristeri satu lagi…:).. Senantiasalah beringat bahawa seorang suami yang menyimpan perasaan marah atau tak puashati terhadap tolakan kita… sepanjang malam kita akan dilaknati oleh malaikat… sehinggalah suami kita memaafkannya. . Kerna itu.. seboleh2nya. .jangan biarkan si suami tertidur sendirian kerna menantikan kehadiran kita menemaninya .. kalau boleh, hentikan dulu kerja2 yang dilakukan.. temani suami buat seketika utk memenuhi keperluan dirinya.. tak semua semua inginkan seks semata2.. ada yang hanya mau lena dipelukan anda atau sebaliknyer. ..
    Suami yang longgar pengetahuan agamanya dan tidak tahu tanggungjawab akan mudah berlaku curang walaupun sepatutnya dia membantu dan faham keadaan isteri. Pesan beliau, “Isteri jangan lupa menjadi isteri”. Sambut suami balik dari pejabat, ambil begnya, layan sekejap, tuangkan air dan berikan sentuhan sayang walaupun hanya dua atau tiga minit walau sibuk bagaimana sekalipun. Jangan disebabkan dua atau tiga minit ini, akhirnya suami lebih senang dilayan oleh wanita lain. Jangan sesekali ambil remeh perkara begini..biasernyer bagi lelaki yang sudah berumahtangga, satu cara utk dier lepaskan bebanan kepala setelah seharian bekerja.. adalah dengan menerima layanan baik dari isteri..sekalipun hanya dengan senyuman isteri dimuka pintu… tatkala itu..dihatinya pasti rasa sungguh gembira kerana ada yang menanti dan meringankan bebanan emosi nya..

    Ramai wanita, menurut beliau, selepas mendapat dua atau tiga orang anak akan mulai terlalu yakin diri dan bongkak. Mereka merasakan sudah lama berkawin dan tidak perlu menjaga tubuh badan atau bahasa tuturan. Mereka lupa kebanyakkan lelaki mudah tertarik pada yang cantik dan lemah-lembut. Mereka juga selalunya atau kebanyakkannyer berasa suami harus faham keadaan mereka yang senantiasa diperlukan oleh anak2..ini silap.. sekalipun berapa anak yang diperolehi.. .suami tetap merupakan “Anak Sulung”… walau sayang banyak mana pada anak pun.. suami harus senantiasa didahulukan. …;)
    Lelaki berumur atau tua tetapi kalau melihat wanita muda mereka boleh terlupa yang diri sudah bergelar suami. Walaupun sudah tua tetapi jiwa muda keluar kembali kecuali di tabir oleh keimanan yang tebal. Yang ada “pendinding” akan sengaja membahasakan diri tua dengan perempuan dibahasakan dirinya ‘Pak cik’ adalah dengan sengaja di lakukan demikian untuk memadam segala keinginan.

    Seperti yang sering beliau nyatakan, orang lelaki mudah perasan bilamana keadaan dirinya tak tenteram…dan dikala ini apabila ada wanita muda menunjukkan minat, berbuat baik, lelaki yang berumur akan mudah perasan. Malah tambahnya lagi, ada wanita lain yang menghargai dirinya lebih dari isteri yang dirumah yang sentiasa mengomel dan memperkecilkan diri suami.

    Saturday, February 19, 2011

    i'm back wif new status...hehe

    salam,lamanya x update my blog ni..almaklumla sedikit kebizian setelah bergelar puan ni,konon..hahaha..bcuti je so xsempat nk bukak blog ni pon,huhu..


    alhamdulillah syukur akhirnya sya sudah bergelar isteri pada Abd LAtif Bin Amin pada 5 Feb 2011..syukur sgt ya allah ats segala nikmatMu ini :) ..tp lom leh update pic kawen cz tiada dlm simpanan,sume ngn org..xsempat nk amik tym cuti aritu,agenda penuh..nt kalo dh dpt leh la sya upload kat sni,hehe...

    Thursday, January 13, 2011

    dugaan,hukhuk...

    last week i balik kg nk setle borang nikah,fitting bju,tempah kek,n setle sume2 la cz i xkan balik kg dh smpai la i cuti kawen nt..so sume kena setle la utk xpeningkan kepala my mom kan,cian lak dia nt nk handle sume sendirian..

    nk djadikan cerita,sabtu mlm ahd tu i g cabut gigi..niat sebenarnya nk cuci n tampal gigi skali cz nk kelihatan cun dhari persandingan kononnya..skali pembantu klinik tu ckp kalo nk tampal kena wat appointment..so i wt la appointment utk 3/2/2011 iaitu 2hari b4 i naik pelamin..tp i still cabut my gigi mlm tu,tp masalahnya until now gusi i still sakit n bdenyut2..smpai xleh nk fokus time mkn n xleh tido ngn lena..huhu..dugaan kan???

    tambah lg dgn 1 dugaan ni,kemarin (11-1-11)konon date cun la kan???tu yg tulis bagan..haha..tp tarikh tu jgk menunjukkan genapnya 8thn arwah ayahanda sya meninggalkan kami sume,sob3..mga rohnya dicucuri rahmat,amin...tp bukan ni nk dceritakan,ceritanya ialah sya langgar kete apek bwh opis ni smpai kemek n calar..tp bukan slh i yg psti,tp skit jgk la kaki ni..huhu..dia tula,sape soh g parking tempat xleh parking..udah le block jln org nk kuar,kan dh kena..mula2 nk gelak tp bila apek2 ni kuar trs dtg aura nk ngamuk,cuak dorg..hahaha...tp balik tu smpat lg g joging kat TASIK TITIWANGSA 3-4 round yg kecik 2,hehe..mlmnya trs semput xleh nafas,mgkin byk nanges kot siang td n byk pk..huhu..dugaan2....

    tp apapon mga sumenya baik-baik je utk sya...

    Friday, January 7, 2011

    nerbes!!!!

    tibe rasa cm seram sejuk je bile tgk kalendar,ushhh..xsmpai sebulan lg aku nk kawen???biar betol..hahaha..apapon hepi 4 myself,gediks..hahaha..xsangka langsung kawen on 2011 ni,igt ke lmbt lg nk naik pelamin..tp dh mmg ketentuan DIA kan???syukur sgt2...

    January
    MonTueWedThuFriSatSun
         
    1
    2
    3
    4
    5
    6
    7
    8
    9
    10
    11
    12
    13
    14
    15
    16
    17
    18
    19
    20
    21
    22
    23
    24
    25
    26
    27
    28
    29
    30
    31
          

    February
    MonTueWedThuFriSatSun
     
    1
    2
    3
    4
    5
    6
    7
    8
    9
    10
    11
    12
    13
    14
    15
    16
    17
    18
    19
    20
    21
    22
    23
    24
    25
    26
    27
    28